Monday, April 7, 2014

hati mu...hati ku..

Assalamualaikum.

sekarang busy, tetapi ada idea sikit nak menulis

sebelum ni post saya mengenai purdah. masih ingat?

ada dah baca tetapi saya dah delete.

namun. masih lagi persoalan daripada masyarakat,kawan-kawan bertanyakan kenapa saya pakai purdah.

nak je cakap sebab hidayah daripada Allah.

tetapi, tak kan la nak cakap tu mesti diorang sensitif cakap diaorang tak dapat hidayah.

erm, tak tahu nak jawab apa.
kalau saya cakap sebab ada lelaki yang kacau. diorang cakap saya tak bertegas.

okay.baiklah saya sedar bila pakai purdah sebab saya ada rasa selamat. selamat tak semestinya kena kacau. selamat sebab rasa nak elak daripada melakukan maksiat seperti mengumpat. rasa nak tambah elok.perelokkan budi pekerti. bukan sebab orang suruh saya manitain pakai.

walaupun saya fleksibal pakai purdah. tetapi saya tahu intention orang kenapa nak suruh saya buka purdah/


siapa orang itu,biar la rahsia,

ada orang cakap sebab saya tak bertegas dengan lelaki.. entah la nak cakap macam mana.

kalau diorang berada tempat saya mesti tak tahan dengan gangguan. saya akui saya bukan cantik sangat. tetapi. sekurang-kurangnya bila pakai,saya sendiri jadi menundukkan pandangan daripada memandang lelaki.saya  sendiri hairan. tetapi bila saya jaga pandangan.hati saya tenang.

huhu..ni hidayah Allah.

kalau nak tahu kenapa saya pakai purdah,cukup la saya jawab kerana Allah. Sebab musabab lain jangan persoalkan sebab saya tak tahu bagaimana cara nak explain ajaibnya hidayah Allah.


Dan, saya pun terpaksa buka juga purdah di kawasan kampung. sebab orang tidak kenal saya dan susah nak minta bantuan dan mereka berasa asing dengan orang berpakaian penutup muka. Dan budak-budak menangis melihat 2 biji mata sahaja. haha!!

bukan kerana ikutan dan juga bukan sebab saya sengaja nak buka dan tutup. saya lebih selesa menutup sebab saya rasa tenang dengan hidayah ini.


Jadi, tolong hormati purdah,jangan salah guna. saya sendiri akan buka purdah bilamana dahi dah tak licin...haha.

Saya tiada ilmu mendalam pasal pemakaian purdah. Dan saya mungkin akan buka bila masanya. tetapi, itu ujian juga. tetapi, saya cuba untuk pakai semampunya.


i love to wear it and i hope in future, my husband would be appreciate it and encourage me to wear it when we are stay together. haha sempat berangan..

Dah la. purdah memang tak wajib tetapi saya pakai insha Allah kerana Allah sebab saya nak perelokkan akhlak saya. tolong doakan saya istiqomah sebab saya nak elak daripada melakukan kemungkaran daripada Allah.

No comments:

Post a Comment