Sunday, May 8, 2016

pendapat pertama

pendapat saya mengenai bisnes


saya akan kongsikan pendapat saya mengenai bisnes.

saya perhatikan kehidupan orang berbisnes sungguh mewah.kereta mewah,rumah banglo dan contoh terdekat dato alif dengan dato vida.


pelbagai diorang dapat

hakikat bagaimana nak berjaya anda sudah tahu,meereka pernah alami kerugian dan sebagainya.
dan pelbagai lagi ujian

bila kita berbisnes. ada cara sahabat dahulu, mereka mengatakan modal untuk satu barang mereka beli adalah rm10. jadi saya jual kepada anda. rm10 ke atas. terpulang nak beli dengan berapa rm tetapi hendakalah lepas modal iaitu rm10.



dengan tawaran ini ramai orang berpusu2 membeli ke kedai beliau dan hairan la orang kedai sebelah,sambil berkata.


wahai pembantu ku.hendaklah kamu siasat bagaimana orang disebelah kedai kita ini. ramai orang berpusu2 hadir ke kedainya?


sekarang bisnes kita dengan mengatakan 70% offer dan 20%  atau 10%.

jadi la seperti orang eropah menjual.

cara seterusnya bagaimana , ramai pakar bisnes berkongsi solat dhuha dan baca surah al-waqiah sebagai penarik rezeki. Insha Allah kelebihan nya juga adalah untuk mengatakan anda tidak miskin selama2nya. pernah kah kita mencuba baca surah selain itu sebagai ganti,contoh baca surah al-luqman setiap malam kerana yakin kepala anak2 sentiasa cerdik.boleh ke kepercayaan begitu?


saya bukan nak menghina

saya nak anda niatkan perkara itu kerana Allah. sampaikan dalam perkongsian itu.

dekatkan diri dengan ALLAH bukan nak bisnes ok dan modal bertambah.pohon la semoga dengan berjaya dalam bisnes,dengan kegagalan dalam bisnes kita tidak meletakkan kekayaan di dalam hati tetapi kita meletakkan ALLAH di hadapan. rancang la dan cita2 la duit kita perolehi dengan bersedekah, bukan cakap dengan bersedekah rezeki dalam perniagaan bertambah.


niat la semoga dosa sepanjang kita berbisnes mungkin ada melibatkan hutang piutang dan terlibat dosa tanpa disangka. zakat untuk sucikan harta itu, tujuan kita bukan nak sucikan harta dan melepaskna kewajipan tetapi tujuan berzakat kita mohon supaya orang miskin itu tidak bertemu kita di akhirat kerana lalai kita berkongsi kesenangan semasa di dunia,


niat la sedekah itu bukan nak kongsikan atau bahagikan hak yang kita ada, tetapi memenuhi poket akhirat dan dan yang paling utama supaya sifat bakhil terhindar, sedari lah , harta itu dipinjam semata-mata dan bukan untuk dibanggakan tetapi untuk berada seketika di tangan kita. berlebihan itu hak orang lain.


sebab cukup sekadar berfikiran semua harta itu hak ALLAH. bila kita perolehi, kita perlu bahagikan kepada orang kerana tanpa bahagikan pada orang. kita mungkin akan jatuh sakit.derita sakit itu. walaupun berada di katil yang empuk tidak menenagkan rasa sakit itu. sedangkan orang yang berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit lebih nyenyak tidurnya.


3:57 pm  

Pendapat Buku tulisan hamka.


Ini adalah pendapat mengenai buku tulisan HAMKA.
saya menulis pendapat ini sebagai pandangan saya, bukan menceritakan kembali kisah dalam buku itu.

antara buku yang telah saya baca Tuan Direktur dan Merantau ke Deli.belum baca lagi dibawah lindungan kaabah. Buku tenggelam kapal van der wick, saya tak beli sebab dah tengok cerita dia.

sangat berfalsafah mengenai kisah dan sangat menarik,walaupun ayat2 lama dan sukar difahami,

sangat mendalam kisahnya, dan saya yakin setiap kali saya baca, mesti ada perbezaan pengalaman yang say tempuhi.

saya mengidamkan penulisan novel begini. bukan tebal tetapi tidak habis dengan kekayaan lelaki berkahwin dengan perempuan kerana terpaksa . perkahwinan terpaksa di akhiri dengan kebahagian.

sukar saya mengerti.

dan hakikat kehidupan bukan begitu.

Contoh pendapat pertama:

Seperti sekarang, kita sibuk ke bandar mencari harta..kupasan dari cerita merantau ke Deli.
mencari wang dengan berdagang iaitu bisnes, kita akui. kehidupan di bandar, banyak rezeki yang kita perolehi,kekadang senang kekadang susah.

hakikat orang berusaha dan pandai manage atau menyusun strategi dalam berbisnes, mereka beroleh keuntungan,

kita pun faham.hakikat berbisnes. perlukan  modal,

modal kecil, peroleh untung sedikit,

modal besar, peroleh untung yang banyak.


dan perkilangan yang besar mengundang ruginya banyak

hakikat berbisnes. ada yang kekadang kedekut kerana mahu pulangan modal itu berhasil untuk pastikan stok dapat di bekalkan kembali di dalam kedai2.


dan kisah bermadu, terpanggil untuk saya mengisahkan hati seorang perempuan,

bila lelaki ,secara hukum islam , di bolehkan untuk berkahwin 4.




biasa seorang perempuan yang sudah berkawin, hanya mahukan suaminya berkahwin dengan dia seorang sahaja, kerana apa? dibimbanginya. sekiranya. berkahwin lebih,atau di madukan. bimbang suami menceraikan beliau yang pertama.

tidak tahan bersabar dalam cemburu, dan sakit hati semasa suami yang sayangi itu bersama dengan perempuan lain.


dan sekiranya ada perempuan kedua hadir ,seperti tidak berhati perut kerana ,sedarlah seolah menyakiti hati sesama kaum,iaitu hawa,

dan sekiranya berkahwin ramai, lelaki itu digelar sebagai lelaki yang gatal.

pelbagai lagi.
sedangkan berkahwin lagi,pendapat berkurang 10 tahun umur daripada yang asal bagi seorang lelaki.

dan banyak lagi apa yang nak saya perkatakan sedangkan saya masih lagi belum bergelar seorang isteri  dan akan bersambung

contoh pendapat kedua:


mengenai bisnes dalam cerita tuan direktur. sangat menginsafkan dan sangat tersirat daripda tersurat, sesiapa yang inginkan kekayaan, dan membuka empayar perniagaan. sangat sulit untuk imbangkan antara dunia dan akhirat,

bayangkan syoknya kerja, berbisnes ,untung berlipat ganda .sibuk berkerja sehingga lupa mengenai solat, jadi keseimbangan solat dan kerja. sehingga merasakan solat menyusahkan.itu pernah saya rasai.

saya syok nak buat kerja tetapi azan solat. dan terpaksa tangguhkan dulu kerana perlu menunaikan solat,

lama kelamaan,mood rajin nak buat kerja terkubur kadang2. sedangkan semangat atau spirit daripada solat itu menyebabkan mood kerja dan idea kerja datang


rasa bebanan dalam kerja berkurang hikmah sentiasa solat berjemaah terutamanya,



dan kebahagian hadir , sedangkan fikiran keseronokan menonton tv, bermain game caranya.atau berkunjung atau travel sebagai rawatan atau ubat dalam menghargai diri kerana tekanan kerja.


silap. quran dan pengajian kitab adalah perkara ubat yang perlu disentuh.perkara yang perlu di tambahkan.

contoh pendapat belajar:


saya selitkan pendidikan di Malaysia dimana. mengenai bagaimana sepatutnya di sediakan dan diprogramkan untuk menjadikan negara kita bukan semata2 maju dan dapat berpendapatan tinggi. tetapi punyai hati orang yang bersih dan suci nanti bersambung

contoh mengenai pendapat membesarkan anak2:

saya akan cuba menghuraikan cara mendidik dan mengasuh anak2.bagaimana berhasil kasih anak dan ibu bapa yang sibuk bekerja .bagaimana cara sepatutnya. dalam masa sama ,kerjaya dan anak2 seiring dengan pembesaran anak yang soleh dan solehah,

bagaimana cara untuk mengimbangkan keluarga dan kerjaya

contoh macam mana cara nak memastikan akhirat kita berjaya disamping kehidupan dunia ini?

disini akan saya huraikan pendapat mengenai akhirat seiring dengan kejayaan dunia..dan atasi rasa malas dalam kedua2nya,

dalam hidup, nak buat semua amal baik. kita tak mampu,seperti kehidupan para ulama' dahulu. bagaimana kita mahu memastikan kita sentiasa beroleh dan berkemampuan untuk buat semua kebaikan dan sedangkan kita mahu berkejar dalam poket akhirat?

insha Allah saya mahu ulas mengenai ini.


pelbagai lagi idea sebagai motivator sepatutnya untuk positifkan pelajar. iaitu membangkitkan semangat belajar dengan sikap rajin, namun malangnya ada pelajar membunuh diri kerana tidak dapat menyelesaikan masalah matematik tambahan semasa  peperiksaan spm dijalankan, sebelum habis perjalanan peperiksaan , anak itu membunuh diri kerana gagal menyelesaikan masalah matematik tambahan.

saya yakin semangat motivasi perlu di bentangkan juga kepada pelajar bahawasanya kegagalan dalam menghafal dan kepelbagaian sikap dan kemampuan seharusnya bukan dengan memaksa mereka untuk terus menerus dalam mahukan berjaya tetapi perlu sedari mereka dengan keperluan berjaya itu bukan untuk kebangaan semata2 .bukan untuk tonjolkan kejayaan untuk cerah masa depan tetapi kejayaan menunjukkan rajin kita berusaha. kegagalan dalam berusaha itu bukan dengan keputusan tetapi nikmat akal itu mengambarkan ilmu mengenai pelajaran itu sudah tumbuh di dalam diri.

belajar kerana peperiksaan menyebabkan hilang niat itu kerana ALLAH,

insha ALLAH,saya mahu huraikan lebih lagi mengenai hal ini.

mengenai percintaan.heboh lagu2 dan cerita cinta yang disajikan .ingin saya perkatakan cinta sejati itu bagaimana,saya mahu huraikan pendapat mengenai ini

suami isteri yang saya ingin kisahkan juga bagaimana mahu harmoni dan bagaimana mahu meletakkan kebahagian walaupun bertahun hidup.sabar tu keperluannya. dan bagaimana mahu sentiasa mantain. insha Allah saya mahu perkatakan jua.
kisah mengenai pendapat sambung belajar,ingin juga saya kongsikan
kisah mengenia menghilangkan ketagihan game dan ketagihan menonton tv ketika waktu solat 
kisah bagaimana mahu istiqomah dan perubahan yang ke arah kebaikan saya mahu kisahkan jua
kisah bagaimana menghormati ibu bapa
kisah bagaimana cara untuk istiqomah dalam perjuangan dakwah
kisah meraikan pendapat dan bekerja dalam islam
kisah politik
kisah suka dan duka dan pelbagai lagi, nantikan pendapat saya.

Nurul Najwa bt Ahmad

....................................

Tuesday, March 29, 2016

masyarakat syko

Sabar dengan kehidupan.Allah yang mahu dituju.
Allah.sangat syko.masalah yang di hadapi.membuatkan orang disisi sakit.

Dan bilamana dia sendiri sakit.orang disisi bersabar.

Bilamana diri sendiri sakit.mencari penyakit dengan mahu melibatkan orang lain.

Kelemahan dan keaiban.jangan Allah bukakan dengan sikap yang membuatkan orang disisi bersabar hilang sabar.

Jaga aib dan kesabaran orang disisi kerana orang disisi anda sudah menjaga aib dan jangan tonjolkan.

Indah bersama Allah.semua jawapan terbuka semua.
Semua pengalaman Allah beri dengan kisah2 kehidupan dan unversiti kehidupan untuk berdakwah tujuan bukan kerana nafsu.Alhamdulillah.besar sungguh kemuliaan ini.

Terima kasih cinta.Allah swt.

Monday, February 1, 2016

Pengalaman pertama di mekah dan madinahr

ringkas mengenai pengalaman di mana saya menziarahi baitullahilharam

naik flight 9 jam. tak payah solat. sedangkan 9 jam.
solat zuhur asar jama'
pukul 2pm dah nak berlepas,

sampai sahaja di jeddah, baru masuk waktu magrib.

dan bila sampai dah nak beberapa minit nak naik bas ke mekah.

1jam 30 minit.

sebelum sampai jeddah.. niat ihram dan umrah secara bersyarat.
sebab risau haid datang.

lepas tu.sebelum tu, dah makan ubat penahan period.

apa yang penting, disana sentiasa zikir dan banyakkan bersabar,

syaitan bukan biasa2. memang pangkat jeneral.sentiasa positif dan kena sentiasa ada hikmah.

dan yang paling utama kena fikir semestinya insha Allah ada jalan.

sentiasa bersabar walaupunn kena marah dan nak marah. kalau rasa nak marah pun sentiasa istigfar.

kalau malas nak solat di masjid di malaysia. sama la nanti rasa tak bersungguh2 nak solat di masjidil haram dan masjid nabawi.

rasa lebih suka tawaf tempat shopping lagi.

muda2 elok pergi sebab melibatkan jasmani punya perbuatan,tawaf,saei memerlukan stamina,

memang kesihatan terlibat sebab orang pelbagai bangsa dan pelbagai karakter yang jenis tak kisah tentang kebersihan,

asap an habuk dari tempat pembinaan. dan suhu sejuk di madinah.

gunung atau tempat bersejarah peperangan di mana ahli pemanah duduk..rendah je, tapi seluruh kawaasan .masha Allah.memnag strategik tempat tu.

dan semua para syuhada di mana kubur para sahabat, dan kesedihan dan terharu amat melawat raudhah.

subhanallah. rasa seperti ziarah nabi masa hidup.

sedih dan sangat rindu rasulullah.

semoga kita mana tak pergi lagi boleh dan di jemput sebagai tetamu Allah. niat kerana Allah .insha Allah .Allah kita dapat.

seronok pergi seperti berada di syurga.aman dan sangat tenang berada di sana 2 masjid tu.

Wednesday, January 13, 2016

kampung rasulullah

insha Allah.kampung rasulullah sangat indah untuk di jejaki

mimpi seorang hensem

suatu malam.tak boleh nak tidur.


saya tidur, dan bermimpikan pergi masjid nabawi.kebetulan malam tak boleh tidur, saya tengok orang pergi masjid nabawi.tengok tempat raudhah.


kemudian ... saya pun apalagi, dengan seorang perempuan nak masuk di bahagian raudah dan semua orang masa tu lelaki, nak masuk tak boleh. perempuan tu masuk dan meninggalkan saya keseorangan.

semua muslimin masa saya tengok tu

saya nak masuk juga dan ternampak ada seorang lelaki berada di bahagian atas .macam kren gitu dan boleh bergerak ke depan dan belakang, nak dikatakan mimbar pun boleh sebab biasa orang bagi khutbah duk atas,


lepas tu, ada orang arab cakap. tak payah masuk la, bukan pandai bahasa arab pun.

saya cakap tak mengapa saya mahu dengar

memang saya tak faham bahasa arab tapi saya dengar dia sebut pasal akhlak,.

jadi saya boleh tanya dia dalam bahasa melayu melalui hati,saya tanya.macam mana nak berdakwah,sekarang sangat parah,

dia bagitahu,melalui akhlak,

buat perangai elok2.tunjuk contoh baik.


berdakwah dengan akhlak.

mak ai.hensem ya Allah,

rambut sampai bahu. dan tak lurus dan tak kerinting,mcam ikal sikit,

muka hensem dan sangat tenang,

saya tanya dalam hati.siapa kah engkau ni wahai manusia.

nampak macam 20 hngga 30an.

ya Allah. tak pernah tengok orang hensem macam dia,

saya memang dah biasa tengok orang arab,pakistan dan pelbagai lagi yang dikatakan hensem. tapi dia ni.

hidung mancung , mata redup je, bibir sentiasa tersenyum.


saya nampak dia di masjid nabawi.

lepas tu,hilang macam tu sahaja,

patut la sesetengah lelaki suka rambut panjang sebab nampak cool dan hensem.

memang tak boleh nak jelaskan macam mana dia , Allahuakbar, tak tahu la siapa orang tu.

hensem dan tenang je. biasa tengok orang hensem sahaja, tetapi tak setenang muka beliau.