Saturday, November 29, 2014

stress

tekanan dikenakan supaya kita tahu barang tu boleh bertahan selama mana

tekanan itu juga kebaikan untuk kita.

kalau tiada stress kita tidak akan maju

jadi kita kena ada stress

tp urus stress macam.???


doa ,usaha dan tawakal.

serah pada ALLAH

minta ALLAH uruskan..

jadi kita rasa rilek

berapa umur awak?

Assalamualaikum w.b.t

biasa dengar soalan tu?

itu menunjukkan usia matang ke?

ATAU sekadar nak mengurat?


usia itu adalah angka.

ya angka

kerana apa angka sebab dengan angka kita dapat tahu dia lebih berusia
apa tujuan kita nak tahu usia orang tu


sekadar ingin tahu situasi dia dimana dia masih belum habis belajar?

atau sekadar nak tahu umur tua tapi perangai macam budak2?

bukan itu sahaja


dengan berumur kita tahu tahap kedutan...berkedut2

hohoho
























umur rahsia ada sesetangah itu kerana itu personal matter,



ok..umur saya.. kalau gaya menulis macam ini?


11
21
31?

matlamat hidup (DUIT KE?)

kehidupan kita dilimpahi dengan wang dan pelbagai harta benda..

adakah itu membawa kebahagiaan?


tanya diri anda.

berniat la moga wang pendapatan bukan untuk kita sahaja tetapi kpd org lain jua.

walaupun kita tak ada duit,,,


jangan berprinsip kita akan kebulur dan susah bila tiada duit,

dengan usaha kita lakukan ,,, insha ALLAH..

duit sikit atau banyak ,,,dengan usaha kita, banyakkan sedekah kerana orang paling kaya adalah org bersedakah,

hati jua bahagia bila bersedekah

sedekah al fatihah untuk saya please.


orang yang tidak pernah puas adalah orang yang sibuk mengejar dunia bukan sibuk kejar akhirat

tujuan HIDUP!!


gambar dan kata2 sentiasa menghiasi di dada internet

Dalam kehidupan kita sebagai manusia atau seorang islam


semestinya kita sudah berkurang kualiti

kurang kualiti dari segi kajian dan tentang ilmuan

dulu kala.seorang ulama belajar mereka.meraka menghafal semua

bagaimana kalau kita tidak electrik.

kemana ilmu kita.atau sekadar dalam sijil sahaja.


kita negara berpendapatan tinggi pun...negara islam.tetapi research dan kajian kita pasal ilmu tiada.


TIADA!!!!

apa tujuan hidup kita???

tanya diri anda apa paling berharga dalam hidup kamu?

???

Thursday, September 11, 2014

Azam

Assalamualaikum

sesi permulaan belajar bermula. saya rasa sangat tidak bersemangat. entah kenapa.

bagi saya. bagaimana mahu bersemangat?

tidak lain tak bukan kita kena tengok orang lebih berjaya.

bagaimana dia menggapai cita2 mereka. mereka sangat sabar dan tidak putus semangat untuk meneruskan kehidupan.

oleh itu, jangan kecewa . tetapi sentiasa bersemangat.

buat jadual

dan pastikan ia berjaya,

Wednesday, August 6, 2014

mimpi bentuk IKAN terbakar

aik .banyak pos hang.

sebenarnya saya ingin ceritakan tentang pengalaman saya bermimpi. saya nampak bentuk ikan terbakar di bahagian sungai dan nampak macam ada askar disekeliling.

dan ada ikan lain tengah kejar saya.

ikan(ikan lain tapi tak tau la ikan kena bakar tu terbang atau mungkin saya rasa simbol bom bedil ke atas bumi GAZA) tu seolah2 terbang dan kejar saya.

keesokkan, saya tak ceritakan pada sapa2. dan malam tu


dapat berita MH17 di tembak dan dapat tahu kat sabah .lahad datu kan? kena serang.

huhu. memang ikan terbakar tu seperti bentuk kapal terbang. dan askar di tepi sungai menggambarkan askar malaysia ada di bahagian sabah.

aduh. tak sangka .adakah ini kebetulan. memang saya takut mengalami mimpi tu. pucat muka saya sebenarnya sehingga saya diam membisu. saya takut jadi betul2 dan saya ambil keputusan mendiamkan diri.

seperti contoh saya bermimpi lecturer di universiti saya meninggal. esokkan saya dapat tahu, memang betul lecturer meninggal. ALLAH.

kadang2 tak nak tidur sebab takut bermimpi dan benda musibah tu berlaku.antara contoh kematian dan kapal terbang MH 17 tu.

tak tahu nak cakap apa. anda bayangkan di sebuah hutan berlaku asap tebal seperti terbakar. anda faham bukan? maknanya musibah akan berlaku. dan MH 17 jatuh di lapangan rumput hijau kan lepas kena tembak?


ALLAH2x. harap benda mimpi jadi kenyataan ini tak berlaku namun kalau ALLAH memilih saya untuk mengatakan musibah dalam bentuk mimpi tu. sangat luar biasa.


sebab sebelum ni saya rasa berdebar dan ada musibah berlaku.sekarang saya tak nak dalam berdebar berlaku musibah tetapi ALLAH bagi dengan hint mimpi musibah dan realiti berlaku benda tu. ALLAH.


sebelum tu saya bermimpi ada kebakaran hutan.dan esokkan saya nampak bomba bunyi wisel dan bergerak semasa saya mahu ke kelas. huhu.


bukan nak cakap percayakan mimpi tetapi saya tak mahu saya jadi fitnah.


tak mahu percayakan mimpi saya.


saya hanya mahu beriman pada ALLAH


dan saya hanya mahu ALLAH adalah tuhan yang boleh buat apa2 je dan manusia memang tak boleh meramal masa depan. dan saya tak nak bercakap pasal mimpi setelah bermimpi risau terjadi betul2 sebab saya pernah rasa hint sesuatu dan perkara itu terjadi.


ke sebab fikiran kita benda tu terjadi?


jadi saya rasa saya fikir dan benda tu akan berlaku?


erm. tak. bukan kerana saya fikir benda tu berlaku tetapi instinct saya dan ilham daripada ALLAH. saya percaya ALLAH bagi ilham pada saya bukan saya memandai.


dan bila saya sebut benda tu terjadi. bukan saya mulut masin tapi ini adalah izin ALLAH.


saya bukan nak cakap saya wali tetapi.

tolong jaga percakapan masing2 boleh jadi apa kita cakapkan itu doa kita kepada orang yang kita maksudkan.

cakap baik2 sahaja.

merah itu kereta SAGA

saga kan warna merah.sebab yang merah itu saga.

pepatah mengatakan merah itu saga. ke pantun?

apa makna saga? siapa tahu?

kereta saga merupakan jenama kereta no 1 di MALAYSIA.

wow. hebatnya.

kereta saga.

kenapa dinamakan saga?
saga simbol kepada merah.merah tandanya berani.

pandai2 je simpulkan kan?


oleh itu, sedar la keberanian dalam diri orang melayu menentang penjajah dahulu kala kerana berani dalam menegakkan islam dalam diri dan negara.

berani berjihad sebab inginkan syahid dan inginkan kejayaan dalam islam dan membela islam. dan itu fardhu ain seperti tentera al-qassam antara contoh.



merah mu bara semangat waja. kereta waja. apa makna waja?


erm banyak istilah melayu aku tak tau rupanya.

continue next time

INSAF bila dikatakan MU COME

Cita-cita


apakah cita-cita dan kemahuan setelah dewasa?

pelbagai jawapan.

semua nampak hebat dan logik.

............................

Antara model dan nak nampak kelihatan cantik dan popular itu rupanya memang naluri wanita. nak nampak cantik.


pakai make up tebal dan layer dan berjam2 depan cermin.


ada juga, jadi model seperti model pakaian tetapi aurat tak tutup.

aurat tu susah nak di tafsirkan
kerana wanita itu memang fitnah ke?

suara tu aurat. huhu. pernah nak menyanyi jadi penyanyi sebab rasa pernah jadi solo nasyid dan pernah lawan taranum dengan sekolah2 lain.
suara lengang lengok dan lunak manja. itu aurat.

pelbagai fitnah wanita.

nak di puji cantik. itu fitrah wanita. cantik lah awak.
erm.pelbagai. saya terfikir kenapa nak dapatkan pujian?

bukan ke rasa malu bila di puji cantik? sebab kenapa perlu bila dipuji cantik kita kena malu bukan rasa bangga? sebab kita nampak cantik tapi mereka tidak tahu bahawasanya anugerah Allah bagi ini. kita masih banyak buat dosa. Sedar kah kita kecantikan bila dipuji ,perlu rasa malu sebab apa, boleh jadi kecantikan akan menjadikan fitnah dalam hati lelaki.

ya ... lelaki mahu memikat kamu kerana kecantikan kamu.dan ingin miliki kamu kerana cantik bukan kerana mahu menerima kelemahan kamu dan menerima mu seadanya. Dan bukan kerana kamu beriman kepada Allah.

erk, bukan ke kecantikan itu fitrah setiap insan? Dan memang manusia sukakan kecantikan?

sangat kesian saya melihat wanita dipermainkan lelaki.

dan sangat kesian lelaki yang mahukan miliki perempuan kerana cantik dan begitu setia dia kepada wanita cantik itu kerana dia tak sedar perempuan cantik itu juga play girl.




aduh.tak habis2 pasal cinta.astagfirullah.


sebenar nak bagitahu bahawasanya. jangan rasa cantik sangat.

bidadari lebih cantik daripada kamu semua di dunia ni. sedar la wanita.

cantik kamu adalah kadang2 lelaki nampak sebagai simbol seks sahaja. KESIAN.


dan saya pun ingin nasihatkan diri sendiri juga kerana bagaimana mahu kelihatan cantik? pastikan sentiasa solat.dan bila solat,kita perlu berwudhu. bila berwudhu segala sisa dan kotoran di muka akan hilang.insha Allah.



banyaknya merepek2 sebab wassup problem.jadi guna apa sahaja medium yang ada.


ting ting ting...



lalala
kusindir dirimu tutup aurat mu dari darjah satu darjah satu.


please.

Monday, June 9, 2014

berkelana

erm. pengembaraan adalah  suatu menyoronokkan?

belum tentu lagi seronok. mengembara kita akan rasa seronok? betul ke?

sebab dapat pengalaman baru? erm. entah la.


mengembara dapat menambah ilmu dan akan menambah keterbukaan mata tentang indahnya islam.

macam mana?

saya tak nampak semua tu..

insaf. memang antaranya bahasa. Allah mencipta pelbagai bahasa.

kedua. macam mana nak praktis islam dalam diri

ketiga macam mana. nak menunaikan ibadah di negara bukan islam.

keempat macam mana nak elak salam dengan lelaki sebab mereka tidak tahu tentang agama.

kelima macam mana nak solat semasa pergi jalan2.

keenam macam mana nak ajak diorang dengan islam?


Allah ..tidak semudah ABC..


bila nak ajak mereka dengan islam. boleh sedar dakwah nabi selama ini. sukarnya AMAT....tapi Nabi sangat2 sabar.

ALLAHUMA soli ala MUHAMMAD. selawat ke atas nabi.S.A.W

GAY? ATAU LESBIAN?

 ramai orang merasakan memilih hidup sebagai gay atau lesbian untuk mengelak daripada lahir anak luar nikah.


rata-rata merasakan ini cara hidup yang betul dan kecenderungan pasangan gay dan lesbian untuk jadi bertentangan dengan jantina mereka.

contoh.lelaki mahu jadi perempuan dan perempuan pula sebaliknya.


kenapa ini terjadi? kerana terpengaruh berkawan dengan lain jantina?

Atau merasakan tiada masalah?

erm? bagaimana pula orang agama memandang hal ini?

komen mereka. saya memang lelaki ..tetapi dalam badan saya adalah perempuan.

hai.entah la nak cakap apa. bagaimana hal ini mahu di handle.

ibu bapa ker?
atau masyarakat?


doakan mereka berubah. sedar la ... itu bukan keinginan mereka. tetapi, mereka mampu mengubah sekiranya mereka memilih untuk jadi seperti jantina mereka dan tidak terpangaruh dengan godaan syaitan.

Allah..

mari belajar

Assalamualaikum wbt

apa khabar?

gi tu la selalu pembuka bicara. Saya ni tak pandai nak bercoloteh tetapi saya nak bagi tau anda semua saya ni suka menulis.

dengan menulis saya meluahkan segala perasaan saya.


Saya pernah rasa sangat sedih dan kadang-kadang NAK MARAH


KENAPA?

KERANA sakit hati. tak puas hati dan kerana cemburu?

saya PERNAH DILUKAI. dan kecewa dalam hidup. Namun asam garam begitu membuatkan saya terkenang kesedihan nabi MUHAMMAD saw. 

Sungguh nabi sangat tabah dan sabar sehingga Allah hiburkan hati nabi dengan keadaan alam lain dari alam sekarang. Dimana syurga dan neraka. Dimana nabi naik ke langit sehingga malaikat sendiri tak boleh naik.


sangat berharga anugerah itu. tengok nikmatnya sabar. Jadi apa cabaran, bersabar lah sayang kerana sabar itu nikmat yang amat mendalam. kerana itu jom nikmati keindahan sabar. Bagaimana kita bersabar?


TAK LAIN TAK BUKAN.

perasaan itu sangat halus. sampaikan sedih itu kita rasa biasa je. atau kita sedih dan kita jadikan Allah sebagai teman bercakap-cakap. sebagai teman meluahkan perasaa sehingga kita merasakan tenang yang amat luar biasa.


Gagal dalam pelajaran. Gagal dalam percintaan. menambahkan kebangkitan yang amat mendalam. biasa pakar motivasi cakap, gagal tak sememstinya gagal selama-lamanya.Jadi macam mana?

Kegagalan kita, kita hendaklah mendekati diri dengan Allah. Tanya diri sendiri kenapa kita GAGAL.

Hikmah sangat besar. boleh jadi Allah tak nak kita lalai dari mengingatinya. maknanya Allah kasih pada kita wahai pembaca budiman dan berakhlak mulia.


Dan satu lagi. saya sarankan saya sendiri terutama .. buang sifat amarah yang tak tentu pasal. Jangan marah dan melenting.


tetapi kalau marah tentang menegakkan islam tidak mengapa.


Smile and steady in your life even it is hard for you. Be prepare while everything can be happend. And Please don't regret it. It is experience in your life. Please don't feel give up.

les't think it. This experience no one will be face and you are special one to face it. So, be good gurl you have to be... hehe FROZEN!

Sunday, June 8, 2014

kisah saya ingat semasa TADIKA

ada seorang budak lelaki nak berkawan dengan saya.

saya kata okey,boleh je. tapi rimasnya.kemana-mana dia nak pergi,dia tarik tangan saya.

huhu.rimas la.

kemudian saya hentak tangan dia. Dia pun report cikgu dan menangis.saya tak tau nak buat apa.


dan ada jugak. sorang budak laki. kami rancang nak kahwin. dia cakap nak beli kereta besar.

saya cakap nak beli rumah besar..huhu materialistik betul

nak anak ramai bagai.  sampai seronok main.tak sedar waktu rehat dah habis.


kami syok main sampai semua pelajar masuk kelas dan kawan report kami tengah main.

dan masa konvo.saya tak de orang datang. aku tak larat nak bawa milo 1 kilo dia bagi.besar gila.sedih kan?

aku pun tak faham macam mana aku boleh pergi sekolah tanpa pengawasan orang tua.sangat sedih weh.


dan lagi. aku pergi sekolah jugak walaupun cuti,aku dah cakap cuti.xde orang datang tapi mereka paksa aku pergi sekolah. dan memang tadika buka.bila aku masuk,main,dan xde kawan.aku tunggu.nasib cikgu nampak aku,sbb aku amsuk.cikgu tak perasan.


nasib cikgu nampak.,kalu tak berkurung aku kat situ cikgu ckp,


sedih weh.





dan aku ingat part eja saya . baca jadi sayo.cikgu gelak.haha.kelakar aku ni dia cakap.

perseDIAAN.

DALAM kehidupan ranjau dan berduri, saya nak begitau. bagaimana persediaan kita.

cuba bayangkan. apa terjadi sekiranya berlaku gempa atau suatu yang mengancam nyawa kita?


di sini saya nak berkongsi cerita mengenai mimpi saya.

saya bermimpi kawan saya di buru. dan saya melindungi kawan saya. saya cuba sorokkan dia di bawah tanah berbukit dan ada sungai yang dalam.

Saya nak sorokkan kawan di situ namun dalam masa sama saya takut dia tenggelam sebab bawah tu seperti air sangat dalam.

serba salah saya.jadi saya suruh dia buat trick dengan naik atas darat dan sambil berlari sambil berlindung di balik pokok.

dia mengikut saya setelah dia lihat macam mana saya buat. saya berjaya selamatkan diri namun masih ada musuh di hadapan.

Disebabkan saya risau keselamatan kawan saya. saya tak jadi nak menyorok dan terpaksa berlawan untuk pastikan kawan saya selamat.

sebelum tu saya mimpi kucing gigit jari saya. bila saya lihat kembali. aneh sungguh. semua kucing tidur dengan nyenyak dan banyak pula tu.

erm... entah apa maksudnya.


oleh itu, saya harap. mimpi ini sangat memenatkan sebab saya tak boleh tidur dan saya juga terpaksa berlawan semasa tidur.

saya berjaya melawan musuh. sebenarnya kesan tengok cite prince chess. cerita cina.

hehe.best cerita tu.



jadi.. apa persediaan yang hendak kamu lakukan kalau berlaku seperti itu? segala tenaga kamu kena kerah.


sebab nyawa adalah anugerah dan kita wajib pelihara.


jadi. mungkin sebab orang mati semasa tidur juga berpunca daripada berlaku jalan cerita melibatkan nyawa.


persediaan sebelum tidur. apa?


Saturday, June 7, 2014

purdah LAGI?

lagi pasal purdah. macam bagus je.padahal. belum tentu kekal sampai mati.

okay.

muka wanita ni aurat. kenapa saya bercakap begitu.sedangkan aurat adalah semua badan wanita kecuali muka dan tapak tangan.

wanita ni. sesunggunhnya dia sememangnya cantik
macam mana pun.dia memang cantik.xde yang hodoh pun.

muka wanita ini akan dihiasi oleh syaitan untuk nampak cantik. sebab tu ada magnet luar biasa antara lelaki dan wanita apabila memandang.

 sebab tu kadang-kadang, kita kena jaga mata tu.dari mata turun ke hati. kadang-kadang kita terpaksa melihat mata untuk lebih faham apa kita maksudkan.

okey.ngantuk . nak tidur. best la boleh tulis macam macam malam ni ada idea banyak dan dapat luah semua apa dalam fikiran.

nite every 1.

HUDUD

SAYA NAK CERITA..TOPIK HOT NI.


JAP  ADA KERJA KAT BILIK TERMENUNG


Alhamdulillah...sakit weh sebab makan pedas.

ok ..selamat sudah .kita sambung.


mengenai hudud. kecoh. pelaksanaan oleh parti politik yang ingin menjadikan islam syumul di bumi Malaysia.


ada cakap tak adil sebab ramai orang islam kena potong tangan.

erm. ada jugak cakap.orang kafir tak kena potong tangan la.

macam-macam

tak adil la.

ok. ada pula pihak menyokong cakap. aku lebih suka orang faham hudud potong tangan, sebat jika berzina untuk belum kahwin dan lepas kahwin pula. rejam sampai mati.








hai. ada cakap.terang je ni hukum Allah.hukum Tuhan.mereka tak faham hukum hudud.


bagi saya.kita orang islam. saya pun tak mahir dan sangat jahil tentang hudud laws.


untuk ambil mudah. saya nak tanya ..anda agama apa?


Islam? tak kira la melayu,cina atau india serta kadazan ke apa. selagi muslim saya nak bagitau ni.

bila percaya dan beriman kepada Allah.kita kena buat Allah suruh dan tinggal Allah larang.

tu je jawapan saya masa form 1-5 dalam pendidikan agama islam. secara detail mengenai fikh atau sebagainya saya tak faham. sangat jahil.jahil ni 1000x bodoh.

ok. jadi, buat jela, percaya je dengan janji Allah. hikmah besar buat hukum ni.


tengok brunei. belum sempat buat.50% dan turun kadar jenayah.

tengok dalam kandang cell. jail di malaysia ni.ramai orang mana buat maksiat? 98.2% orang islam melayu.
nah.. apa lagi?

kita marah orang buat jahat. kita nak bunuh je dalam mulut ni cakap. tapi hukum hudud bukan bunuh. tapi...


potong sebahgian je, dan kalau sebat pun.tak dedah aurat. kalau rejam sampai mati pun.semua orang dapat peringatan daripada itu.

hey!. nabi muhamad saw pun tak tergamak nak buat hukum hudud kepada sape yang berzina,

sebab apa? sebab nabi kasih dan tak percaya sahabat buat dosa.


lagipun kena ada saksi la. 4 orang yang solat. bukan solat jumaat je. solat sepanjang hidup.lelaki bukan perempuan jadi saksi.

susah...

tak lojik la hukum hudud ni.bagi saya makin ramai orang buat maksiat ada la kalau fikir hukum hudud ni,


sebab kalau mencuri kena ada kes2 dia. kena tahu jumlah duit curi.

kalau rm10 je.tak jadi masalah. tak kena potong pun, detail perbicaraan dia.

tolong la. kalau fikir lojik mustahil rasanya. tetapi hikmah dia sangat besar. tengok mekah. berapa kadar peratus jenyah? 1% je.

erm. fikir elok.kalau tak nak laksanakan hukum ni seperti tidak percaya pada Allah. sedangkan percaya dan beriman kepada Allah itu adalah no satu dalam akidah umat islam.

dan ada cakap tak percaya orang yang laksanakan hukum hudud ni. hey!

diorang lebih pakar daripada kita. kita yang jahil ni memang tak tahu pasal apa.
jangan sibuk nak cakap tak percaya. korang tak tau,hakim yang adil, sebelum nak buat hukuman.mereka solat hajat,taubat dan qiam. bukan pakar sendiri je.

 hukum hudud bawah syariah la.bukan orang kafir yang jadi tukang mengutuskan. kalau kafir pun mereka telus.

kes jenayah banyak.peguam pun pening nak handle kes.


sini.biar la saya kena dakwa ke apa.

seseorang tu tolak hukum hudud ,ko tau kenapa? sebab dia ada perniagaan arak dan ada kosino . sebab takut orang insaf.perniagaan arak mereka tak laku. so?

korang sokong la mamat tu, sekian,







kenapa? Bila orang dah benci

pernah dengar lagu tu tak?

siapa nyanyi?

errr

cuba teka. kalau betul. anda cantik dan hensem. hehe

ok. saya nak cerita pasal kebencian. memang tak dinafikan semasa kita berdakwah.ramai orang benci.

kenapa? sebab kemaksiatan diorang buat sangat lazat namun hanya sementara.

kalau kita nasihat. mereka malah memarahi kita. kita nampak orang berdua-duaan di pantai, di tasik dan pelbagai tempat.

sungguh sayu tengok. anak-anak melayu. anak-anak orang islam. bukan kad pengenalan tertulis agama kristian atau agama hindu atau sewaktu selain dari islam.

kenapa masyrakat sekarang semakin punah?

masyarakat punah kenapa? apa yang berlaku?

1) kerana maksiat menjadi darah daging?
2) kerana solat diabaikan?
3) kerana tangungjawab pada Allah di abaikan?
4) kerana pemimpin yang tak islamik?
5) kerana ibu bapa tak tahu ilmu agama?
6) kerana apa? diri sendiri tu?

bukan kerana orang lain. diri kita, umat islam. ustaz/ah sekarang. macam mana?

ini makin berleluasa sebab lambakan media sosial dan lambakan hiburan melalaikan.

kenapa semua ini berlaku sebab bila hati dan masa kosong. anak-anak spend masa ke arah keburukan.

ibu bapa mau anak islamik tetapi environment rumah macam tak islamik langsung
.

.....

speechless....

benci aku ustazah tu tegur tudung aku singkat. benci aku biro dakwah tu check solat berjemaah..tu la rungutan.. betapa benci mereka kepada agama dan orang ajak kepada islam.













Kekasih hati. SIAPA?

Selamat membaca.

kenapa saya cakap kekasih hati?

sebab saya nak cerita pasal anda mesti tak lengang dengan handphone?

setiap orang sibuk dengan handphone sekarang.

gadjet dan sebagainya. walaupun berhadapan tetapi tak bercakap pun. komunikasi anda melalui handphone menjadi no 1.

kadang-kadang tengah tunggu makanan. sekeluarga. anak anda dengan mahu layanan tetapi. handphone anda layan .anak tak terlayan. last sekali. anak anda lebih gemar bercakap dengan kucing .kebetulan ada kucing kat kedai makan.


itu lah kekasih anda. setiap kali anda luang masa free dengan handphone. facebook dan sebagainya.

nampak sangat kepincangan keluarga melalui SMS .. saya ceraikan awak. sangat mudah.

huhu.

tolong jangan buat macam ni. tolong berfikir dulu sebelum cerai. bawa berbincang apa tak puas hati dan cuba memaafkan.


kalau nak marah sangat. pergi solat dan mandi. berwuduk.  muhasabah. sebenarnya kedua-dua belah pasangan salah.jadi, tolong berubah demi kebaikan.


saya nak ingatkan anda dan saya juga.


kekasih hati anda jua menyebabkan ... anda membuat affair dengan lelaki atau dengan perempuan lain. BAHAYA!

kes anak lari dari rumah. kes rogol. kes tak sepatutnya terjadi.


kekasih hati ini menyebabkan anda lalai dengan tangngjawab anda. hati anda sepatutnya penuh dengan cinta dan azam kepada yang HAK..Allah s.w.t. tetapi anda sibuk dengan kekasih anda sehingga lupa waktu solat. lupa segalanya.


kekasih anda buat anda menjadi tak keruan dan menjadikan anda rosak. ini bahaya. kekasih anda buat anda lalai dan maruah ibu bapa tercalar. kekasih anda menyebabkan anda jadi tak malu.


bercakap dengan lelaki sebelum ni snagat segan tetapi.dengan kekasih anda menyebabkan hilang rasa segan.

kekasih anda. adakah dia yang akan menjadi suatu ikutan dan penyebab anda memilih menjadi penghuni ....? kerana anda lalai dengan Allah. Adakah?


wahai pembaca di rahmati Allah. kekasih anda ini. bagaimana nak elak maksiat ini? macam mana?



saya pun tak tau nak ajar macam mana. cukup la. msg atau call benda penting je.


dan jika mengarut. sila cakap.sori i ada hal. sori i m busy. sori ada kerja. dan sebelum bercakap atau post atau send msg. tulis bismillah. dan masa nak tengok gajet pun bismillah dan minta di jauhi godaan syaitan. have a luck and nice day.

cerita CINTA saya. bahagian 1

Hai saya upin. nama adik saya ipin. ini kisah kami berdua.

ehem ehem. kisah kami semua la.


Begitu la kartun yang di tayangkan di TV9 pada pukul 5-5.30pm.

agak2 la.

Disini kartun ini memainkan peranan penting dalam kesinambungan dakwah cinta kita kepada Allah

Nak menarik minat pasal puasa je ke? alangkah bagus jikalau penerbit juga bercerita tentang nya solat dan gaya bersolat. Selain kepentingan puasa semata.

Sebab tu, anak di didik untuk puasa sahaja,tapi tinggal solat tak mengapa?

Erm.... sebab tu ramai hanya tahu puasa namun tak faham erti solat.

ibu bapa pula berperanan  seperti memberi penghargaan kepada anak2 sekiranya berjaya puasa penuh. memang bagus galakan itu.

tapi kalau solat? apa ganjaran kita? tak kan nak cakap.nanti masuk neraka.

macam mana budak tu tanya ..macam mana neraka?

kita cakap ada api dan panas. tetapi sekarang suhu snagat panas. mungkin sikologi dengan suhu panas boleh menyebabkan mereka faham api neraka?

kaedah kretif kena kita bagi tau budak2. gitu la..


Sedangkan di mahkamah Allah nanti .. solat adalah suatu yang perlu di soal siasat dahulu.

Jadi.apa keadaan kita dan bagaimana kita nanti dan sibuk macam mana pun.solat di utamakan.

Kisah cinta saya. 5 kali saya berhubung dengan kekasih saya. Melalui suatu panggilan yang istimewa.                    
Nada dering cinta saya .. bukan panggilan seperti lagu atau rock kapak. baru saya berhubung. Tapi sangat mendamaikan dan sekiranya saya nightmare pun seperti laungan itu menyebabkan saya terselamat dari makhluk itu.



itu kisah cinta saya.

Thursday, May 29, 2014

basic principle of CORROSION

Question: Analyze the relation  between corrosion reaction and free energy change

answer: free energy change is the single factor to determine the possibility of a corrosion reaction.

if initial state, Gi and final state, Gf , the free energy change (delta G) = Gf-Gi < 0

For spontaneous reaction to occur, the free energy change must be negative!






Wednesday, May 28, 2014

isu HARAM

........

tik tok tik tok


masa berlalu dengan pantas. sekarang, pelbagai masalah melanda negara. KLCC nak tumbang la. ada DNA babi dalam coklat la. Ada kes rogol dan pelbagai isu..

paling tak faham .. selalu ada kemalangan jalan raya. kenapa ini semua terjadi?


pertama, kepada semua orang. saya pun ada perasaan tak selera nak makan.kalau makan pun kerana betul-betul lapar.

Entah kenapa.. mungkin sebab tak selera? atau apa?

kalau kat kg, makan ulam dengan nasi dan cicah dengan budu ,,2 atau 3 pinggan boleh telan.


mungkin sebab makanan banyak was-was atau subhah?


Allah..apakah petanda ini?



makanan sangat penting sebab membentuk akhlak dan budi pekerti kita.

istigfar banyak-banyak dan bertaubat la.



kepada saya sendiri dan sesiapa baca blog ini. masalah rogol berleluasa.


orang melayu pun merogol anak dara orang.

astagfirullah.

takut dan trauma serta sedih dan pelbagai lagi.


masalah kawan jua menyebabkan terlibat dengan benda tak sepatutnya.

jadi. ibu bapa jadi kawan kepada anak remaja.

jangan biarkan meraka memilih org luar sebagai keluarga.

Sunday, April 13, 2014

ENGKAU macam SAMPAH!!!!

amboi topik. macam tengah marah nampaknya.

Assalamualaikum dan hai.

apa khabar awak yang membaca? dah makan belum? bagaimana dengan iman hari ini berbanding semalam?

sihat tak?

saya nak bagitahu bahawaasanya sampah adalah sesuatu yang tak guna mengikut tajuk ini.

sebenarnya saya nak huraikan kepada anda mengenai sampah adalah sesuatu yang sedang di jadikan sesuatu atau diguna pakai balik kerana faktor tempat pelupusan semakin kurang dan jumlah sampah bertambah berdasarkan ekonomi semakin membangun dan bilangan populasi penduduk di sesebuah negara semakin meningkat


tambahan pula, sisa toksik yang dikeluarkan sekarang berbeza berbanding daripada dulu. sebelum ini sisa toksik dan sampah terdiri daripada gelas dan kaca . begitu sahaja, namun sekarang sisa toksik daripada kilang, atau daripada industri dan pelbagai lagi,termasuk sisa toksik daripada nuklear.

jadi, itu lah projek yang saya akan jalankan. mengahasilkan new energy from waste.

nak hilangkan mengantuk la woit.. wani!!

ada orang menyampuk aku tulis.

okay sambung. jadi sampah itu sangat berguna.

saya nak sarankan pengeluar botol daripada kaca ke gelas atau apa-apa production... kilang apa pun. tak pernah fikir ke buat daripada bahan polimer tu dan tukar semua tu balik pada bahan yang boleh di kitar semula ke apa. dan pastikan product that you all had been produced,please collected it all.

aduh. negara kita ni kan, banyak sampah. huhu. harap government ambil intensif atau pastikan kita pergi mana negara untuk kesedaran sampah ni.

sampah membawa penyakit sebab tu ramai manusia mati sebab nyamuk aedes!

jadi. kesedaran ini perlu kita sama-sama sedar,bagaimana kempen dan cara pembunagan sampah wajib dan perlu.dan manager atau mana-mana konsesi atau syarikat fikir macam mana terbaru untuk kumpul sampah.


antara negara contoh.. Negara Jepun. cara dia .. sangat sistematik. basuh kalau ada sisa dalam sampah. semut pun tak kerumun tempat tu.asing botol,plastik dan bahan asing.

jadi tak busuk pun masa kutip sampah tu.

jadi.saya harap siapa perlu saya utarakan hal ini?

masyarakat? syarikat kutip sampah? government?  atau sape sape la.

jadi,ini perlu kerjasama meluas. ya. seluas-luasnya. sehingga seluruh penduduk tahu benda ini,

siapa main peranan?

em.media? oh.. media asyik tentang kemalangan,musibah,gosip.

hal intellectual kurang. jadi. sampah ini perlu banteras sebaik mungkin.


duit yang saya ada, saya akan buat suatu kajian secara berkelompok untuk kesedaran tentang sampah ni. dan sampah tiada lagi di jalan raya. saya akan buat konsep seperti dosa pahala. kalau buat apa saranan daripada syarikat kami,saya akan bagi duit rm300 sebulan setiap keluarga. dan sesiapa yang buang sampah merata-rata,denda rm300 sekeluarga. sampah itu akan di detect menggunakan kad special,dan rekod itu ada dalam simpanan kami.dan sekiranya sampah itu, tidak ada bersama sampah kami kumpul atau sampah itu berbau busuk, ternyata denda rm300.

idea mengarut, mungkin tidak mustahil suatu hari nanti.

ok nite..kerja sekolah masih tak siap. dan mengantuk jua.

Monday, April 7, 2014

hati mu...hati ku..

Assalamualaikum.

sekarang busy, tetapi ada idea sikit nak menulis

sebelum ni post saya mengenai purdah. masih ingat?

ada dah baca tetapi saya dah delete.

namun. masih lagi persoalan daripada masyarakat,kawan-kawan bertanyakan kenapa saya pakai purdah.

nak je cakap sebab hidayah daripada Allah.

tetapi, tak kan la nak cakap tu mesti diorang sensitif cakap diaorang tak dapat hidayah.

erm, tak tahu nak jawab apa.
kalau saya cakap sebab ada lelaki yang kacau. diorang cakap saya tak bertegas.

okay.baiklah saya sedar bila pakai purdah sebab saya ada rasa selamat. selamat tak semestinya kena kacau. selamat sebab rasa nak elak daripada melakukan maksiat seperti mengumpat. rasa nak tambah elok.perelokkan budi pekerti. bukan sebab orang suruh saya manitain pakai.

walaupun saya fleksibal pakai purdah. tetapi saya tahu intention orang kenapa nak suruh saya buka purdah/


siapa orang itu,biar la rahsia,

ada orang cakap sebab saya tak bertegas dengan lelaki.. entah la nak cakap macam mana.

kalau diorang berada tempat saya mesti tak tahan dengan gangguan. saya akui saya bukan cantik sangat. tetapi. sekurang-kurangnya bila pakai,saya sendiri jadi menundukkan pandangan daripada memandang lelaki.saya  sendiri hairan. tetapi bila saya jaga pandangan.hati saya tenang.

huhu..ni hidayah Allah.

kalau nak tahu kenapa saya pakai purdah,cukup la saya jawab kerana Allah. Sebab musabab lain jangan persoalkan sebab saya tak tahu bagaimana cara nak explain ajaibnya hidayah Allah.


Dan, saya pun terpaksa buka juga purdah di kawasan kampung. sebab orang tidak kenal saya dan susah nak minta bantuan dan mereka berasa asing dengan orang berpakaian penutup muka. Dan budak-budak menangis melihat 2 biji mata sahaja. haha!!

bukan kerana ikutan dan juga bukan sebab saya sengaja nak buka dan tutup. saya lebih selesa menutup sebab saya rasa tenang dengan hidayah ini.


Jadi, tolong hormati purdah,jangan salah guna. saya sendiri akan buka purdah bilamana dahi dah tak licin...haha.

Saya tiada ilmu mendalam pasal pemakaian purdah. Dan saya mungkin akan buka bila masanya. tetapi, itu ujian juga. tetapi, saya cuba untuk pakai semampunya.


i love to wear it and i hope in future, my husband would be appreciate it and encourage me to wear it when we are stay together. haha sempat berangan..

Dah la. purdah memang tak wajib tetapi saya pakai insha Allah kerana Allah sebab saya nak perelokkan akhlak saya. tolong doakan saya istiqomah sebab saya nak elak daripada melakukan kemungkaran daripada Allah.

KERJA SEKOLAH,ASSIGNMENT ATAU HOMEWORK DAN ...PROJEK

Assalamualaikum w.b.t

iftitah...kau baca blog nama blog aku. lupa la pasal apa nak tulis last.. sebab tu aku tulis ... tu.

nasib ingat projek!

okay. selamat pagi sebab sekarang waktu malaysia.

Di kesempatan ini, aku nak kongsikan tentang proposal aku kena siapkan sebab nak kena hantar secepat mungkin.

Dan juga ada pula tentang mini project selalu Dr M update.huhu.

Aku sengsorang.. jadi tak de feel nak pergi jumpa Bro dekat lab.

Sebab asyik kena marah la. Kadang-kadang. huhu. Tapi, ada juga yang baik. cuma selalu kena hambur.

Dengan ini, aku rasa tak nak jumpa mereka. Walaupun ada je yang baik bila kita memunculkan aura positif.

hehe.

Jadi. my aim for today, I should and must finish the introduction's part. And imagine that i must submit by today.

Then, i will eager to finish up everything by today. Doesn't matter what could be occur.


Don't  lazy. And the most important, you have chance to study but, if you try to end up you relationship with this study, you will be regret. come on.. move on because if you do not move on and I believe something that you don't see, it could be happen.

For example, your generation will be more attractive with mistake such as wrong behavior in islam.

Then?

What are you want to do?

Ask and move.Not ask your iman and just termenung.k bye

Belajar atau Tidak?

Selamat malam sebab malam saya menulis .bukan waktu nak tidur.walaupun sepatut ucap,good evening.

kalau nak tidur baru cakap, good night.

kata cikgu english saya masa sekolah menengah.

sambung...


dalam kehidupan belajar, sememangnya ada rasa pahit dan tekanan sewaktu dengannya.

bersabar la. belajar betul-betul.

bukan kerana sijil.tetapi kerana Allah.

Saya selalu rasa mahu berhenti.kenapa?

sebab kalau belajar, belum tentu dapat kerja.

jadi...bagaimana pun. saya berusaha sekeras mungkin supaya saya belajar sebab seronok.

jadi. Bila kita tetapkan sebab seronok belajar. susah atau masalah belajar akan kita dapat hadapi.




kawan-kawan..belajar ini satu jihad.



walaupun rasa tekanan macam mana pun. sabar.. ambil Quran.solat hajat.solat malam. puasa sunat selagi masih muda dan ada tenaga.belajar lah.


ini dorongan untuk saya supaya lebih maju kehadapan. esok interview kerani di pos office.nak pergi..

tak nak belajar doh.. keluhan hati ku.

tetapi.. kerja kena siapkan.banyak ni kerja nak buat. takut tak settle.

tadi midterm.alhamdulillah.seronok jawab sebab.dengan gorengnya.

walaupun ada chance untuk meniru tetapi sebab lecturer bagi kepercayaan,saya sanggup usaha fikir je.

kantoi.. walaupun masa undergraduate..meniru adalah hobi..

haha... tetapi final buat sendiri la bro/sis..


dan bertambah insaf.pakai purdah juga membantu saya untuk tidak meniru dalam exam.

sebab purdah itu nampak ayu dan thiqah..tetapi..kenapa kita rosakkan??

cheh!! macam bagus..macam nak menunjuk je..

tapi..Allah memerhati wujud dalam diri itu lebih utama.. astagfirullah.

Alhamdulillah.nanti ada paper corrosion pula.

ambil subjek dalam material engineering, teringat presiden Dr morsi sebab tengah cari journal dan artikel terjumpa author from him. lorr. Dr. kita sama major.hihi..

(*,*)

cakap dalam hati jela..

macam mana pun usaha dan belajar betul-betul.

sekian celoteh sekadar nak berkongsi rasa.meluahkan rasa dan lebih kepada menghilangkan tekanan atau di bukukan sebagai hati beku.hehe