Sunday, May 8, 2016

pendapat pertama

pendapat saya mengenai bisnes


saya akan kongsikan pendapat saya mengenai bisnes.

saya perhatikan kehidupan orang berbisnes sungguh mewah.kereta mewah,rumah banglo dan contoh terdekat dato alif dengan dato vida.


pelbagai diorang dapat

hakikat bagaimana nak berjaya anda sudah tahu,meereka pernah alami kerugian dan sebagainya.
dan pelbagai lagi ujian

bila kita berbisnes. ada cara sahabat dahulu, mereka mengatakan modal untuk satu barang mereka beli adalah rm10. jadi saya jual kepada anda. rm10 ke atas. terpulang nak beli dengan berapa rm tetapi hendakalah lepas modal iaitu rm10.



dengan tawaran ini ramai orang berpusu2 membeli ke kedai beliau dan hairan la orang kedai sebelah,sambil berkata.


wahai pembantu ku.hendaklah kamu siasat bagaimana orang disebelah kedai kita ini. ramai orang berpusu2 hadir ke kedainya?


sekarang bisnes kita dengan mengatakan 70% offer dan 20%  atau 10%.

jadi la seperti orang eropah menjual.

cara seterusnya bagaimana , ramai pakar bisnes berkongsi solat dhuha dan baca surah al-waqiah sebagai penarik rezeki. Insha Allah kelebihan nya juga adalah untuk mengatakan anda tidak miskin selama2nya. pernah kah kita mencuba baca surah selain itu sebagai ganti,contoh baca surah al-luqman setiap malam kerana yakin kepala anak2 sentiasa cerdik.boleh ke kepercayaan begitu?


saya bukan nak menghina

saya nak anda niatkan perkara itu kerana Allah. sampaikan dalam perkongsian itu.

dekatkan diri dengan ALLAH bukan nak bisnes ok dan modal bertambah.pohon la semoga dengan berjaya dalam bisnes,dengan kegagalan dalam bisnes kita tidak meletakkan kekayaan di dalam hati tetapi kita meletakkan ALLAH di hadapan. rancang la dan cita2 la duit kita perolehi dengan bersedekah, bukan cakap dengan bersedekah rezeki dalam perniagaan bertambah.


niat la semoga dosa sepanjang kita berbisnes mungkin ada melibatkan hutang piutang dan terlibat dosa tanpa disangka. zakat untuk sucikan harta itu, tujuan kita bukan nak sucikan harta dan melepaskna kewajipan tetapi tujuan berzakat kita mohon supaya orang miskin itu tidak bertemu kita di akhirat kerana lalai kita berkongsi kesenangan semasa di dunia,


niat la sedekah itu bukan nak kongsikan atau bahagikan hak yang kita ada, tetapi memenuhi poket akhirat dan dan yang paling utama supaya sifat bakhil terhindar, sedari lah , harta itu dipinjam semata-mata dan bukan untuk dibanggakan tetapi untuk berada seketika di tangan kita. berlebihan itu hak orang lain.


sebab cukup sekadar berfikiran semua harta itu hak ALLAH. bila kita perolehi, kita perlu bahagikan kepada orang kerana tanpa bahagikan pada orang. kita mungkin akan jatuh sakit.derita sakit itu. walaupun berada di katil yang empuk tidak menenagkan rasa sakit itu. sedangkan orang yang berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit lebih nyenyak tidurnya.


3:57 pm  

No comments:

Post a Comment