Sunday, May 8, 2016

Pendapat Buku tulisan hamka.


Ini adalah pendapat mengenai buku tulisan HAMKA.
saya menulis pendapat ini sebagai pandangan saya, bukan menceritakan kembali kisah dalam buku itu.

antara buku yang telah saya baca Tuan Direktur dan Merantau ke Deli.belum baca lagi dibawah lindungan kaabah. Buku tenggelam kapal van der wick, saya tak beli sebab dah tengok cerita dia.

sangat berfalsafah mengenai kisah dan sangat menarik,walaupun ayat2 lama dan sukar difahami,

sangat mendalam kisahnya, dan saya yakin setiap kali saya baca, mesti ada perbezaan pengalaman yang say tempuhi.

saya mengidamkan penulisan novel begini. bukan tebal tetapi tidak habis dengan kekayaan lelaki berkahwin dengan perempuan kerana terpaksa . perkahwinan terpaksa di akhiri dengan kebahagian.

sukar saya mengerti.

dan hakikat kehidupan bukan begitu.

Contoh pendapat pertama:

Seperti sekarang, kita sibuk ke bandar mencari harta..kupasan dari cerita merantau ke Deli.
mencari wang dengan berdagang iaitu bisnes, kita akui. kehidupan di bandar, banyak rezeki yang kita perolehi,kekadang senang kekadang susah.

hakikat orang berusaha dan pandai manage atau menyusun strategi dalam berbisnes, mereka beroleh keuntungan,

kita pun faham.hakikat berbisnes. perlukan  modal,

modal kecil, peroleh untung sedikit,

modal besar, peroleh untung yang banyak.


dan perkilangan yang besar mengundang ruginya banyak

hakikat berbisnes. ada yang kekadang kedekut kerana mahu pulangan modal itu berhasil untuk pastikan stok dapat di bekalkan kembali di dalam kedai2.


dan kisah bermadu, terpanggil untuk saya mengisahkan hati seorang perempuan,

bila lelaki ,secara hukum islam , di bolehkan untuk berkahwin 4.




biasa seorang perempuan yang sudah berkawin, hanya mahukan suaminya berkahwin dengan dia seorang sahaja, kerana apa? dibimbanginya. sekiranya. berkahwin lebih,atau di madukan. bimbang suami menceraikan beliau yang pertama.

tidak tahan bersabar dalam cemburu, dan sakit hati semasa suami yang sayangi itu bersama dengan perempuan lain.


dan sekiranya ada perempuan kedua hadir ,seperti tidak berhati perut kerana ,sedarlah seolah menyakiti hati sesama kaum,iaitu hawa,

dan sekiranya berkahwin ramai, lelaki itu digelar sebagai lelaki yang gatal.

pelbagai lagi.
sedangkan berkahwin lagi,pendapat berkurang 10 tahun umur daripada yang asal bagi seorang lelaki.

dan banyak lagi apa yang nak saya perkatakan sedangkan saya masih lagi belum bergelar seorang isteri  dan akan bersambung

contoh pendapat kedua:


mengenai bisnes dalam cerita tuan direktur. sangat menginsafkan dan sangat tersirat daripda tersurat, sesiapa yang inginkan kekayaan, dan membuka empayar perniagaan. sangat sulit untuk imbangkan antara dunia dan akhirat,

bayangkan syoknya kerja, berbisnes ,untung berlipat ganda .sibuk berkerja sehingga lupa mengenai solat, jadi keseimbangan solat dan kerja. sehingga merasakan solat menyusahkan.itu pernah saya rasai.

saya syok nak buat kerja tetapi azan solat. dan terpaksa tangguhkan dulu kerana perlu menunaikan solat,

lama kelamaan,mood rajin nak buat kerja terkubur kadang2. sedangkan semangat atau spirit daripada solat itu menyebabkan mood kerja dan idea kerja datang


rasa bebanan dalam kerja berkurang hikmah sentiasa solat berjemaah terutamanya,



dan kebahagian hadir , sedangkan fikiran keseronokan menonton tv, bermain game caranya.atau berkunjung atau travel sebagai rawatan atau ubat dalam menghargai diri kerana tekanan kerja.


silap. quran dan pengajian kitab adalah perkara ubat yang perlu disentuh.perkara yang perlu di tambahkan.

contoh pendapat belajar:


saya selitkan pendidikan di Malaysia dimana. mengenai bagaimana sepatutnya di sediakan dan diprogramkan untuk menjadikan negara kita bukan semata2 maju dan dapat berpendapatan tinggi. tetapi punyai hati orang yang bersih dan suci nanti bersambung

contoh mengenai pendapat membesarkan anak2:

saya akan cuba menghuraikan cara mendidik dan mengasuh anak2.bagaimana berhasil kasih anak dan ibu bapa yang sibuk bekerja .bagaimana cara sepatutnya. dalam masa sama ,kerjaya dan anak2 seiring dengan pembesaran anak yang soleh dan solehah,

bagaimana cara untuk mengimbangkan keluarga dan kerjaya

contoh macam mana cara nak memastikan akhirat kita berjaya disamping kehidupan dunia ini?

disini akan saya huraikan pendapat mengenai akhirat seiring dengan kejayaan dunia..dan atasi rasa malas dalam kedua2nya,

dalam hidup, nak buat semua amal baik. kita tak mampu,seperti kehidupan para ulama' dahulu. bagaimana kita mahu memastikan kita sentiasa beroleh dan berkemampuan untuk buat semua kebaikan dan sedangkan kita mahu berkejar dalam poket akhirat?

insha Allah saya mahu ulas mengenai ini.


pelbagai lagi idea sebagai motivator sepatutnya untuk positifkan pelajar. iaitu membangkitkan semangat belajar dengan sikap rajin, namun malangnya ada pelajar membunuh diri kerana tidak dapat menyelesaikan masalah matematik tambahan semasa  peperiksaan spm dijalankan, sebelum habis perjalanan peperiksaan , anak itu membunuh diri kerana gagal menyelesaikan masalah matematik tambahan.

saya yakin semangat motivasi perlu di bentangkan juga kepada pelajar bahawasanya kegagalan dalam menghafal dan kepelbagaian sikap dan kemampuan seharusnya bukan dengan memaksa mereka untuk terus menerus dalam mahukan berjaya tetapi perlu sedari mereka dengan keperluan berjaya itu bukan untuk kebangaan semata2 .bukan untuk tonjolkan kejayaan untuk cerah masa depan tetapi kejayaan menunjukkan rajin kita berusaha. kegagalan dalam berusaha itu bukan dengan keputusan tetapi nikmat akal itu mengambarkan ilmu mengenai pelajaran itu sudah tumbuh di dalam diri.

belajar kerana peperiksaan menyebabkan hilang niat itu kerana ALLAH,

insha ALLAH,saya mahu huraikan lebih lagi mengenai hal ini.

mengenai percintaan.heboh lagu2 dan cerita cinta yang disajikan .ingin saya perkatakan cinta sejati itu bagaimana,saya mahu huraikan pendapat mengenai ini

suami isteri yang saya ingin kisahkan juga bagaimana mahu harmoni dan bagaimana mahu meletakkan kebahagian walaupun bertahun hidup.sabar tu keperluannya. dan bagaimana mahu sentiasa mantain. insha Allah saya mahu perkatakan jua.
kisah mengenai pendapat sambung belajar,ingin juga saya kongsikan
kisah mengenia menghilangkan ketagihan game dan ketagihan menonton tv ketika waktu solat 
kisah bagaimana mahu istiqomah dan perubahan yang ke arah kebaikan saya mahu kisahkan jua
kisah bagaimana menghormati ibu bapa
kisah bagaimana cara untuk istiqomah dalam perjuangan dakwah
kisah meraikan pendapat dan bekerja dalam islam
kisah politik
kisah suka dan duka dan pelbagai lagi, nantikan pendapat saya.

Nurul Najwa bt Ahmad

....................................

No comments:

Post a Comment