Monday, September 3, 2018

Kebaikan perlindungan.

Andai kata berlaku tidak di ingini.

Sebagai contoh, kemalangan atau berlaku perkara seperti sakit kritikal atau sakit menyebabkan kehilangan 2 belah tangan atau 2 belah kaki atau kedua belah mata buta.
Adakah kita Mampu nak kerja?

Anda jawab sendiri.

Jadi dengan caruman tak sampai rm100.umur 30 hari sehingga 40 tahun. Sum cover cecah rm300,000.

Berlaku kematian kepada orang dilindungi. Waris dapat rm300,000.

Buat perlantikan wasiat sekali. Dan suami adalah seorang ahli sah solihin trustee.
Anda boleh buat wasiat untuk selesaikan hutang dengan duit takaful tersebut.

Hutang kita kan wajib dibayar.

Kita tak tahu.hidup dengan meninggalkan hutang dan tidak dibahagikan secara betul harta pusaka secara faraid bimbang waris akan makan harta haram.kita juga menangung.

Faraid memang ada. Tapi....... bukan  faraid ketuk pintu rumah. Tapi siapa nak uruskan?

Bila harta ni tiada pelantikan wasi. Bimbang ahli keluarga tidak setuju dengan perlantikan seseorang menyusahkan pembahagian harta dan menyebabkan harta menjadi beku.

Ada harta banyak tapi merempat.

Lebih baik plan siap2 harta untuk infaq. Untuk waris. Untuk selesaikan hutang supaya aman kita Di akhirat

Selesaikan ptptn menggunakan takaful?

Idea 💡 baru ini saya terfikir setelah saya faham kebaikan takaful.

Macam mana?
Saya carum bulanan dalam takaful.Dalam masa sama, saya dilindungi.
Anda carum selama 10 tahun atau selama 20 tahun tapi di lindungi selama 30 tahun.

10 tahun lagi Great Eastern akan tolong cover.
Contoh nya umur anda 25 tahun selepas habis belajar dan bekerja sebagai guru, peguam,doktor atau jurutera,
Anda ambil jumlah perlindungan sebanyak rm250,000. Lagipun bulanan untuk ptptn pun mungkin rm100 atau rm200.

Contoh peruntukkan selama 15 tahun untuk habiskan ptptn.
Anda carum sebanyak rm 200 bulanan dalam takaful. Kemudian, selepas 14 tahun Anda carum, keluarkan wang simpanan dalam takaful untuk bayarkan ptptn. Kan lebih baik?

Diri dilindungi.. ptptn settle bayar berbanding kita bayar tetapi tak dapat apa2

Takaful produk I Great Harapan

Lama saya tak menulis Di blog

Saya ingin mengajak pembaca untuk tahu dan hadam mengenai satu produk terbaru daripada Great Eastern Takaful mengenai I great harapan.

Terbuka kepada rakan Rakan  umur 30 hari sehingga 80 tahun.
Contoh ya .
Umur 35 tahun. Caruman rm 69. Boleh cover RM 300,039 .caruman tahunan hanya Rm 828 sahaja.
Bulan september 2018 sehingga oktober 2018.

Cepat rebut peluang.
Sakit pun boleh memohon.
Hubungi saya 0136606726

Sunday, August 6, 2017

SELESAIKAN hutang ptptn dengan EMAS dengan cepat

bayar dengan sekaligus untuk setahun

dan 6 bulan tempoh untuk tebus emas di ar rahnu.

dan boleh buat 2kali untuk setahun dan bayar pun cepat habis

ada yang di share cara nak tebus emas tu dan pajak emas untuk bayar ptptn.






Sunday, May 8, 2016

pendapat pertama

pendapat saya mengenai bisnes


saya akan kongsikan pendapat saya mengenai bisnes.

saya perhatikan kehidupan orang berbisnes sungguh mewah.kereta mewah,rumah banglo dan contoh terdekat dato alif dengan dato vida.


pelbagai diorang dapat

hakikat bagaimana nak berjaya anda sudah tahu,meereka pernah alami kerugian dan sebagainya.
dan pelbagai lagi ujian

bila kita berbisnes. ada cara sahabat dahulu, mereka mengatakan modal untuk satu barang mereka beli adalah rm10. jadi saya jual kepada anda. rm10 ke atas. terpulang nak beli dengan berapa rm tetapi hendakalah lepas modal iaitu rm10.



dengan tawaran ini ramai orang berpusu2 membeli ke kedai beliau dan hairan la orang kedai sebelah,sambil berkata.


wahai pembantu ku.hendaklah kamu siasat bagaimana orang disebelah kedai kita ini. ramai orang berpusu2 hadir ke kedainya?


sekarang bisnes kita dengan mengatakan 70% offer dan 20%  atau 10%.

jadi la seperti orang eropah menjual.

cara seterusnya bagaimana , ramai pakar bisnes berkongsi solat dhuha dan baca surah al-waqiah sebagai penarik rezeki. Insha Allah kelebihan nya juga adalah untuk mengatakan anda tidak miskin selama2nya. pernah kah kita mencuba baca surah selain itu sebagai ganti,contoh baca surah al-luqman setiap malam kerana yakin kepala anak2 sentiasa cerdik.boleh ke kepercayaan begitu?


saya bukan nak menghina

saya nak anda niatkan perkara itu kerana Allah. sampaikan dalam perkongsian itu.

dekatkan diri dengan ALLAH bukan nak bisnes ok dan modal bertambah.pohon la semoga dengan berjaya dalam bisnes,dengan kegagalan dalam bisnes kita tidak meletakkan kekayaan di dalam hati tetapi kita meletakkan ALLAH di hadapan. rancang la dan cita2 la duit kita perolehi dengan bersedekah, bukan cakap dengan bersedekah rezeki dalam perniagaan bertambah.


niat la semoga dosa sepanjang kita berbisnes mungkin ada melibatkan hutang piutang dan terlibat dosa tanpa disangka. zakat untuk sucikan harta itu, tujuan kita bukan nak sucikan harta dan melepaskna kewajipan tetapi tujuan berzakat kita mohon supaya orang miskin itu tidak bertemu kita di akhirat kerana lalai kita berkongsi kesenangan semasa di dunia,


niat la sedekah itu bukan nak kongsikan atau bahagikan hak yang kita ada, tetapi memenuhi poket akhirat dan dan yang paling utama supaya sifat bakhil terhindar, sedari lah , harta itu dipinjam semata-mata dan bukan untuk dibanggakan tetapi untuk berada seketika di tangan kita. berlebihan itu hak orang lain.


sebab cukup sekadar berfikiran semua harta itu hak ALLAH. bila kita perolehi, kita perlu bahagikan kepada orang kerana tanpa bahagikan pada orang. kita mungkin akan jatuh sakit.derita sakit itu. walaupun berada di katil yang empuk tidak menenagkan rasa sakit itu. sedangkan orang yang berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit lebih nyenyak tidurnya.


3:57 pm  

Pendapat Buku tulisan hamka.


Ini adalah pendapat mengenai buku tulisan HAMKA.
saya menulis pendapat ini sebagai pandangan saya, bukan menceritakan kembali kisah dalam buku itu.

antara buku yang telah saya baca Tuan Direktur dan Merantau ke Deli.belum baca lagi dibawah lindungan kaabah. Buku tenggelam kapal van der wick, saya tak beli sebab dah tengok cerita dia.

sangat berfalsafah mengenai kisah dan sangat menarik,walaupun ayat2 lama dan sukar difahami,

sangat mendalam kisahnya, dan saya yakin setiap kali saya baca, mesti ada perbezaan pengalaman yang say tempuhi.

saya mengidamkan penulisan novel begini. bukan tebal tetapi tidak habis dengan kekayaan lelaki berkahwin dengan perempuan kerana terpaksa . perkahwinan terpaksa di akhiri dengan kebahagian.

sukar saya mengerti.

dan hakikat kehidupan bukan begitu.

Contoh pendapat pertama:

Seperti sekarang, kita sibuk ke bandar mencari harta..kupasan dari cerita merantau ke Deli.
mencari wang dengan berdagang iaitu bisnes, kita akui. kehidupan di bandar, banyak rezeki yang kita perolehi,kekadang senang kekadang susah.

hakikat orang berusaha dan pandai manage atau menyusun strategi dalam berbisnes, mereka beroleh keuntungan,

kita pun faham.hakikat berbisnes. perlukan  modal,

modal kecil, peroleh untung sedikit,

modal besar, peroleh untung yang banyak.


dan perkilangan yang besar mengundang ruginya banyak

hakikat berbisnes. ada yang kekadang kedekut kerana mahu pulangan modal itu berhasil untuk pastikan stok dapat di bekalkan kembali di dalam kedai2.


dan kisah bermadu, terpanggil untuk saya mengisahkan hati seorang perempuan,

bila lelaki ,secara hukum islam , di bolehkan untuk berkahwin 4.




biasa seorang perempuan yang sudah berkawin, hanya mahukan suaminya berkahwin dengan dia seorang sahaja, kerana apa? dibimbanginya. sekiranya. berkahwin lebih,atau di madukan. bimbang suami menceraikan beliau yang pertama.

tidak tahan bersabar dalam cemburu, dan sakit hati semasa suami yang sayangi itu bersama dengan perempuan lain.


dan sekiranya ada perempuan kedua hadir ,seperti tidak berhati perut kerana ,sedarlah seolah menyakiti hati sesama kaum,iaitu hawa,

dan sekiranya berkahwin ramai, lelaki itu digelar sebagai lelaki yang gatal.

pelbagai lagi.
sedangkan berkahwin lagi,pendapat berkurang 10 tahun umur daripada yang asal bagi seorang lelaki.

dan banyak lagi apa yang nak saya perkatakan sedangkan saya masih lagi belum bergelar seorang isteri  dan akan bersambung

contoh pendapat kedua:


mengenai bisnes dalam cerita tuan direktur. sangat menginsafkan dan sangat tersirat daripda tersurat, sesiapa yang inginkan kekayaan, dan membuka empayar perniagaan. sangat sulit untuk imbangkan antara dunia dan akhirat,

bayangkan syoknya kerja, berbisnes ,untung berlipat ganda .sibuk berkerja sehingga lupa mengenai solat, jadi keseimbangan solat dan kerja. sehingga merasakan solat menyusahkan.itu pernah saya rasai.

saya syok nak buat kerja tetapi azan solat. dan terpaksa tangguhkan dulu kerana perlu menunaikan solat,

lama kelamaan,mood rajin nak buat kerja terkubur kadang2. sedangkan semangat atau spirit daripada solat itu menyebabkan mood kerja dan idea kerja datang


rasa bebanan dalam kerja berkurang hikmah sentiasa solat berjemaah terutamanya,



dan kebahagian hadir , sedangkan fikiran keseronokan menonton tv, bermain game caranya.atau berkunjung atau travel sebagai rawatan atau ubat dalam menghargai diri kerana tekanan kerja.


silap. quran dan pengajian kitab adalah perkara ubat yang perlu disentuh.perkara yang perlu di tambahkan.

contoh pendapat belajar:


saya selitkan pendidikan di Malaysia dimana. mengenai bagaimana sepatutnya di sediakan dan diprogramkan untuk menjadikan negara kita bukan semata2 maju dan dapat berpendapatan tinggi. tetapi punyai hati orang yang bersih dan suci nanti bersambung

contoh mengenai pendapat membesarkan anak2:

saya akan cuba menghuraikan cara mendidik dan mengasuh anak2.bagaimana berhasil kasih anak dan ibu bapa yang sibuk bekerja .bagaimana cara sepatutnya. dalam masa sama ,kerjaya dan anak2 seiring dengan pembesaran anak yang soleh dan solehah,

bagaimana cara untuk mengimbangkan keluarga dan kerjaya

contoh macam mana cara nak memastikan akhirat kita berjaya disamping kehidupan dunia ini?

disini akan saya huraikan pendapat mengenai akhirat seiring dengan kejayaan dunia..dan atasi rasa malas dalam kedua2nya,

dalam hidup, nak buat semua amal baik. kita tak mampu,seperti kehidupan para ulama' dahulu. bagaimana kita mahu memastikan kita sentiasa beroleh dan berkemampuan untuk buat semua kebaikan dan sedangkan kita mahu berkejar dalam poket akhirat?

insha Allah saya mahu ulas mengenai ini.


pelbagai lagi idea sebagai motivator sepatutnya untuk positifkan pelajar. iaitu membangkitkan semangat belajar dengan sikap rajin, namun malangnya ada pelajar membunuh diri kerana tidak dapat menyelesaikan masalah matematik tambahan semasa  peperiksaan spm dijalankan, sebelum habis perjalanan peperiksaan , anak itu membunuh diri kerana gagal menyelesaikan masalah matematik tambahan.

saya yakin semangat motivasi perlu di bentangkan juga kepada pelajar bahawasanya kegagalan dalam menghafal dan kepelbagaian sikap dan kemampuan seharusnya bukan dengan memaksa mereka untuk terus menerus dalam mahukan berjaya tetapi perlu sedari mereka dengan keperluan berjaya itu bukan untuk kebangaan semata2 .bukan untuk tonjolkan kejayaan untuk cerah masa depan tetapi kejayaan menunjukkan rajin kita berusaha. kegagalan dalam berusaha itu bukan dengan keputusan tetapi nikmat akal itu mengambarkan ilmu mengenai pelajaran itu sudah tumbuh di dalam diri.

belajar kerana peperiksaan menyebabkan hilang niat itu kerana ALLAH,

insha ALLAH,saya mahu huraikan lebih lagi mengenai hal ini.

mengenai percintaan.heboh lagu2 dan cerita cinta yang disajikan .ingin saya perkatakan cinta sejati itu bagaimana,saya mahu huraikan pendapat mengenai ini

suami isteri yang saya ingin kisahkan juga bagaimana mahu harmoni dan bagaimana mahu meletakkan kebahagian walaupun bertahun hidup.sabar tu keperluannya. dan bagaimana mahu sentiasa mantain. insha Allah saya mahu perkatakan jua.
kisah mengenai pendapat sambung belajar,ingin juga saya kongsikan
kisah mengenia menghilangkan ketagihan game dan ketagihan menonton tv ketika waktu solat 
kisah bagaimana mahu istiqomah dan perubahan yang ke arah kebaikan saya mahu kisahkan jua
kisah bagaimana menghormati ibu bapa
kisah bagaimana cara untuk istiqomah dalam perjuangan dakwah
kisah meraikan pendapat dan bekerja dalam islam
kisah politik
kisah suka dan duka dan pelbagai lagi, nantikan pendapat saya.

Nurul Najwa bt Ahmad

....................................

Tuesday, March 29, 2016

masyarakat syko

Sabar dengan kehidupan.Allah yang mahu dituju.
Allah.sangat syko.masalah yang di hadapi.membuatkan orang disisi sakit.

Dan bilamana dia sendiri sakit.orang disisi bersabar.

Bilamana diri sendiri sakit.mencari penyakit dengan mahu melibatkan orang lain.

Kelemahan dan keaiban.jangan Allah bukakan dengan sikap yang membuatkan orang disisi bersabar hilang sabar.

Jaga aib dan kesabaran orang disisi kerana orang disisi anda sudah menjaga aib dan jangan tonjolkan.

Indah bersama Allah.semua jawapan terbuka semua.
Semua pengalaman Allah beri dengan kisah2 kehidupan dan unversiti kehidupan untuk berdakwah tujuan bukan kerana nafsu.Alhamdulillah.besar sungguh kemuliaan ini.

Terima kasih cinta.Allah swt.